Friday, September 30, 2011

JANGAN SEMPITKAN SEMANTIK "MARKETING" ANDA


Dalam dunia perniagaan atau business,pemasaran atau marketing  amat dititikberatkan sehingga bagi sesebuah organisasi, ia boleh meletakkan lebih dari 20% dari bajet untuk menguruskan hal pemasaran. Tanpa pemasaran ataumarketing, produk terbaik hanya akan ada dalam stor inventori atau lupus dek zaman. Ini juga berlaku dalam dunia dakwah bagi menyampaikan kebenaran sesama manusia. Namun faham benarkah anda apa itu marketing?

Adakahmarketing itu hanya berlaku dengan adanya eksekutif pemasaran yang dibayar RM 2000 sebulan dan diarahkan untuk membuat panggilan telefon serta berjumpa klien satu persatu? Jika itulah jawapan anda, nampaknya semantik anda berhubung marketing dan dakwah amat sempit. Amat-amat sempit. Apakah semantik yang luas berhubung aspek penting dalam perniagaan atau usaha untuk menyampaikan info yang baik dari kita?Apa yang anda ingin capai dalam marketing:
  1.  Anda ingin beritahu ramai orang. Seberapa ramai yang mungkin
  2. Anda ingin orang beli produk anda – tidak semestinya sekarang tetapi mungkin masa akan datang.
  3. Anda ingin produk anda sentiasa diingati.
Seberapa ramai yang mungkin

Kalau itulah targetnya, pergilah ke program atau aktiviti yang ramai individu sasaran anda – walaupun mungkin ianya adalah kelas atau jamuan makan-makan sahaja. Jika anda meletakkan definisi marketing  dengan adanya pemasaran dan diberi profail syarikat, anda masih kurang bijak dalam dunia marketing. Kalau anda ingin berceramah, ingin orang duduk dengar anda cakap apa yang ada dalam Islam, anda masih tidak arif tentang dakwah a’mah atau fardiah. Masuklah kumpulan manusia dan jaja produk anda walaupun hanya dengan sekuntum senyuman. Inilah kaedah bagaimana untuk mendapat lebih ramai ‘klien’.

Anda ingin orang beli produk anda

Dalam business dan dakwah, jangan tergopoh gapah. Kalau anda orang yang tergopoh, mungkin business anda kurang maju. Dalam dunia marketing, ada istilah relationship marketing. Apakah dia? Anda bina network – kalau perlu forced network – untuk memastikan anda kenal ramai orang. Dekatilah dengan pengenalan atau dalam bahasa Arabnya taaruf. Fahamilah klien anda dengan istilah Arabnya tafahum. Anda tolong dia – nanti dia tolong anda. Jangan terlampau cepat untuk meminta sebelum anda memberi pertolongan. Mungkin dia tak tolong anda secara fizikal, tetapi mungkin beliau akan bantu pada tahap intelek, emosi atau spiritual. Ini amat penting.

Atas dasar itu, bersabarlah ketika ingin orang membeli produk anda. Anda tidak boleh memaksa dan mengawal hati klien anda. Ikutilah contoh As-sobuur – yang Maha Sabar – agar anda akan dapat hasil daripada-Nya. Apabila as-Soburr telah menggerakkan hati si dia, maka akan terbukalah hatinya untuk membeli produk anda. Dunia business atau dakwah adalah lapangan mengetuk hati manusia. Siapa yang membenarkan mesej ketukan itu diterima dan diresponkan? Tentulah Pencipta hati-hati tersebut.

Ingin produk anda sentiasa diingati

Jadikan ia menarik. Orang akan rasa rugi kalau tidak membeli atau paling kurang berfikir tentang produk anda. Ini penting untuk ditanamkan samada dalam marketing business atau dakwah. Jangan sampai orang merasakan produk kita pada senarai terbawah. Maka berilah added value  kepada klien untuk memastikan ia ingat anda dan produk yang ada. Jika anda ada produk dakwah, berilah buku, risalah, website, flyer dan banyak lagi.

Yang penting anda perlu tahu semantik ‘marketing’ yang sebenarnya. Rasulullah memahami marketing untuk business dan dakwah. Bukalah kitab Sirah kalau anda tidak percaya.


 
*sumber Fazrul Ismail (http://casic.masterpies.com/?p=2942)

No comments:

Post a Comment