Tuesday, October 25, 2011

Bagaimana aku menemui Islam ……..

  
Father Moses sedang explain di St Peter Church Melaka



















AL – KISAH 1 #
Bagaimana aku menemui Islam ……..Mohd Amir Ng Al Karim Abdullah
“selepas itu saya tidak kembali lagi ke gereja kerana saya tak dapat merasakan kebenaran dari kelas-kelas yang saya hadiri di gereja maka saya masih terus mencari-cari agama yang benar, tapi saya tak pernah fikir tentang agama Islam itu kerana salahtanggapan saya bahawa Islam itu agama orang Melayu atau Arab sahaja, jadi saya tak pernah beri peluang kepada diri saya untuk fikir tentang agama Islam, sehingga saya berjumpa dengan seorang muslim disebelah pejabat saya – biasanya kita masyarakat Cina tak berani tanya kepada orang Melayu tentang Islam kerana takut kena marah, tapi lama-lama dia selalu tegur saya, said good morning , selamat pagi, jadi saya rasa dia sangat friendly, jadi lama-lama saya rasa ada sesuatu nak tanya dia – soalan pertama yang saya tanya dia dia tentang puasa, kenapa orang Islam puasa dari pagi sampai petang – masa itu saya ingat berpuasa ini sampai tak boleh telan air liur sekalipun – jadi saya fikir kenapa lah agama Islam ini nak siksa penganutnya sampai ke tahap itu.
Kawan saya itu beri penjelasan yang sangat simple- dia kata dengan berpuasa ini kita dapat merasai perasaan orang susah ketika ketiadaan makanan – dari situ barulah saya dapat gambaran yang betul, kerana selama ini saya tidak pernah terfikir bagaimana rasanya jdi orang susah yang tidak ada sebarang makanan – dari situlah juga bermulanya minat saya untuk lebih mengetahui tentang agama Islam.
*transkrip temubbual di Radio Ikim pada 21/7/2011 jam 5.05pm dalam slot Islam Agamaku dan rakamannya boleh didengar secara online di http://majlisilmu.com/category/islam-agamaku-ikim-fm/
Moral of the story :-
1.  Ramai diluar sana seperti saudara Amir Ng kita yang mencari-cari kebenaran.
2. Banyaknya salahtanggap tentang Islam yang wujud di benak fikiran non-muslim.
3. Sampaikanlah dakwah Islam dengan budibahasa dan sopan-santun.
4. Kena cari / ada ilmu untuk sampaikan Islam kepada non-muslim supaya dengan penjelasan kita menjadikan mereka lebih dekat kepada Islam dan bukannya menjauhi Islam.
5. Kesemua di atas adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk memulakan kerja dakwah menyampaikan Islam yang sebenar kepada teman, jiran, kawan non-muslim  yang kita temui setiap hari dan tiada sebarang alasan yang boleh untuk melepaskan kita dari tanggungjawab tesebut.

 
 


peserta IDT3 di hadapan sebuah tokong buddha di Melaka


Holy Water



Friday, September 30, 2011

JANGAN SEMPITKAN SEMANTIK "MARKETING" ANDA


Dalam dunia perniagaan atau business,pemasaran atau marketing  amat dititikberatkan sehingga bagi sesebuah organisasi, ia boleh meletakkan lebih dari 20% dari bajet untuk menguruskan hal pemasaran. Tanpa pemasaran ataumarketing, produk terbaik hanya akan ada dalam stor inventori atau lupus dek zaman. Ini juga berlaku dalam dunia dakwah bagi menyampaikan kebenaran sesama manusia. Namun faham benarkah anda apa itu marketing?

Adakahmarketing itu hanya berlaku dengan adanya eksekutif pemasaran yang dibayar RM 2000 sebulan dan diarahkan untuk membuat panggilan telefon serta berjumpa klien satu persatu? Jika itulah jawapan anda, nampaknya semantik anda berhubung marketing dan dakwah amat sempit. Amat-amat sempit. Apakah semantik yang luas berhubung aspek penting dalam perniagaan atau usaha untuk menyampaikan info yang baik dari kita?Apa yang anda ingin capai dalam marketing:
  1.  Anda ingin beritahu ramai orang. Seberapa ramai yang mungkin
  2. Anda ingin orang beli produk anda – tidak semestinya sekarang tetapi mungkin masa akan datang.
  3. Anda ingin produk anda sentiasa diingati.
Seberapa ramai yang mungkin

Kalau itulah targetnya, pergilah ke program atau aktiviti yang ramai individu sasaran anda – walaupun mungkin ianya adalah kelas atau jamuan makan-makan sahaja. Jika anda meletakkan definisi marketing  dengan adanya pemasaran dan diberi profail syarikat, anda masih kurang bijak dalam dunia marketing. Kalau anda ingin berceramah, ingin orang duduk dengar anda cakap apa yang ada dalam Islam, anda masih tidak arif tentang dakwah a’mah atau fardiah. Masuklah kumpulan manusia dan jaja produk anda walaupun hanya dengan sekuntum senyuman. Inilah kaedah bagaimana untuk mendapat lebih ramai ‘klien’.

Anda ingin orang beli produk anda

Dalam business dan dakwah, jangan tergopoh gapah. Kalau anda orang yang tergopoh, mungkin business anda kurang maju. Dalam dunia marketing, ada istilah relationship marketing. Apakah dia? Anda bina network – kalau perlu forced network – untuk memastikan anda kenal ramai orang. Dekatilah dengan pengenalan atau dalam bahasa Arabnya taaruf. Fahamilah klien anda dengan istilah Arabnya tafahum. Anda tolong dia – nanti dia tolong anda. Jangan terlampau cepat untuk meminta sebelum anda memberi pertolongan. Mungkin dia tak tolong anda secara fizikal, tetapi mungkin beliau akan bantu pada tahap intelek, emosi atau spiritual. Ini amat penting.

Atas dasar itu, bersabarlah ketika ingin orang membeli produk anda. Anda tidak boleh memaksa dan mengawal hati klien anda. Ikutilah contoh As-sobuur – yang Maha Sabar – agar anda akan dapat hasil daripada-Nya. Apabila as-Soburr telah menggerakkan hati si dia, maka akan terbukalah hatinya untuk membeli produk anda. Dunia business atau dakwah adalah lapangan mengetuk hati manusia. Siapa yang membenarkan mesej ketukan itu diterima dan diresponkan? Tentulah Pencipta hati-hati tersebut.

Ingin produk anda sentiasa diingati

Jadikan ia menarik. Orang akan rasa rugi kalau tidak membeli atau paling kurang berfikir tentang produk anda. Ini penting untuk ditanamkan samada dalam marketing business atau dakwah. Jangan sampai orang merasakan produk kita pada senarai terbawah. Maka berilah added value  kepada klien untuk memastikan ia ingat anda dan produk yang ada. Jika anda ada produk dakwah, berilah buku, risalah, website, flyer dan banyak lagi.

Yang penting anda perlu tahu semantik ‘marketing’ yang sebenarnya. Rasulullah memahami marketing untuk business dan dakwah. Bukalah kitab Sirah kalau anda tidak percaya.


 
*sumber Fazrul Ismail (http://casic.masterpies.com/?p=2942)

Monday, September 26, 2011

Islamophobia: Tingkat kerjasama dakwah bukan muslim

Islamophobia: Tingkat kerjasama dakwah bukan muslim | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Majlis Agama Islam negeri-negeri wajar meningkatkan kerjasama dakwah dan hubungan dengan bukan muslim dan bukan Melayu, termasuk dalam menangani Islamophobia dan religiophobia yang semakin meningkat.
Demikian antara cadangan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) dalam merangka resolusi Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011 buat kali pertama selama dua hari yang bermula hari ini.
Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata kongres itu merupakan titik sejarah yang baru bagi melihat kerjasama yang lebih utuh dalam kalangan Majlis Agama Islam negeri-negeri dalam melaksanakan agenda pemartabatan Islam di tanahair.
Katanya, ACCIN percaya bahawa Kongres ini tepat pada masanya dan ia merupakan persidangan yang amat penting untuk merencana masa depan Islam dan umatnya.
Menurutnya lagi, ACCIN juga merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian pihak penganjur menjemput pertubuhan-pertubuhan NGO Islam bagi berinteraksi dan terlibat sama dalam memberikan pandangan-pandangan yang boleh dijadikan panduan dan agenda bertindak dalam bentuk resolusi yang akan dirangka.
Untuk itu, tambah beliau, ACCIN ingin memberi cadangan kepada perkara-perkara berikut supaya diambil perhatian dalam merangka resolusi yang disimpulkan dalam 10 perkara.
1. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan komitmen terhadap prinsip-prinsip terkandung dalam Perlembagaan dan Syariah sebagai panduan umum dan Piagam Majlis untuk menghadapi era globalisasi kini.
2. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan kembali komitmen tingginya, bersesuaian dengan “Cairo Declaration of Human Rights in Islam”, untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dari perspektif Islam.
3. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menekankan kepentingan untuk menilai kembali semua aspek pentadbiran Syariah dan memastikan pendekatan yang adil dan seimbang terhadapnya.
4. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menyatakan keprihatinan, bersesuaian dengan "World Interfaith Harmony Week”, terhadap persamaan, perbezaan dan kehidupan harmoni antara agama dan kepercayaan tanpa mengabaikan asas dan kesucian Islam serta Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
5. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar melebarkan kerjasama (interaksi dan perkongsian pintar) untuk menghadapi cabaran ummat manusia, khasnya ummat Islam tanpa mengira ras, warna kulit, bahasa, jantina, agama/mazhab, sekutu politik, status sosial atau pertimbangan lain.
6. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar mengenal pasti sumbangan kepada NGO-NGO Islam, merangkumi kos bangunan, sekretariat, pengajian, kenderaan, program dan lain-lain, termasuk daripada sumber zakat.
7. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar meningkatkan kerjasama dakwah dan hubungan dengan bukan muslim dan bukan Melayu, termasuk dalam menangani Islamophobia dan religiophobia yang semakin meningkat.
8. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu memberikan perlindungan kepada muallaf dan meningkatkan usaha serta proaktif untuk dakwah non-Muslim di seluruh Malaysia, merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
9. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu mengurangkan birokrasi dalam pemberian bantuan zakat kepada para asnaf bagi mengelakkan golongan ini dieksploitasi oleh golongan lain.
10. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diminta sentiasa membantu meningkatkan sosio-ekonomi ummah dan memperkasa aspek pendidikan agama kepada anak bangsa.
“Semoga cadangan-cadangan ini mendapat perhatian yang sewajarnya,” ujar Mohd Roslan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bagi pihak ACCIN, beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di atas penganjuran kongres yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.
 
| |

Interactive Dakwah Training (IDT) fasa 1

Interactive dakwah training (IDT) fasa 1
Semua dijemput hadir
Antara Langkah pertama untuk memahami/belajar perbandingan agama / kitab agama lain.

Wednesday, September 21, 2011

BOLEH KE BELAJAR AGAMA / KITAB AGAMA LAIN NIE???

BOLEH KE BELAJAR KITAB AGAMA LAIN ?

Jawapan-jawapan standard dan lazim yang akan diberikan oleh masyarakat melayu/Islam di Malaysia apabila diutarakan soalan di atas ialah.

1.                  Belajar kitab agama lain akan menyebabkan aqidah kita goyang dan boleh jadi murtad.

Jika kita lihat apa yang berlaku kepada masyarakat Islam sekeliling kita, ada yang terlibat dengan najis dadah, zina yang berleluasa, buang anak, rasuah, amalan syirik, percaya kepada ilmu hitam, tok bomoh, ajaran sesat, murtad dan sebagainya yang semakin hari semakin menjadi barah dalam masyarakat Islam kita, adakah mereka yang terlibat ini diakibatkan oleh mempelajari agama atau kitab agama lain seperti Bible, Sutra atau Vedas sehingga dipengaruhi oleh kitab-kitab tersebut hinggakan  menggoyangkan akidah dan akhirnya mereka terjebak dengan maksiat-maksiat yang dinyatakan di atas.

Jawapannya pasti tidak sama sekali. Mereka yang terlibat dengan maksiat-maksiat tersebut bukan diakibatkan oleh belajar tentang agama/ kitab agama lain, tetapi semuanya berlaku akibat lemahnya ilmu mengenai Islam dan rapuhnya iman kepada Allah.


Ini membuktikan bahawa mempelajari agama/kitab agama lain bukanlah penyebab menjadikan seorang itu goyang imannya sehinggakan terjebat dalam pelbagai aktiviti maksiat.

Malah dalam banyak kes-kes murtad yang terjadi bukannya diakibatkan oleh muslim itu belajar tentang agama / kitab agama lain tetapi disebabkan oleh faktor-faktor lain contohnya terpengaruh dengan dakyah atau umpanan harta benda oleh missionary ,hiburan yang melampau, cinta  ditambah pula dengan lemahnya iman akibat kurangnya ilmu berkenaan Islam itu sendiri.

Berdasarkan pengalaman sendiri membuktikan, jika kita belajar tentang agama / kitab agama lain, ianya akan membuktikan bahawa betapa agama /kitab agama lain penuh dengan kepalsuan, penipuan dan tidak berdasarkan lojik akal atau sains langsung. Dengan itu kita akan lebih menghargai kitab suci Al Quran adan ajaran Islam sendiri yang tiada suatupun yang tidak benar atau bertentangan dengan akal yang waras.

Dengan perbandingan ini akan lagi menambah lagi keyakinan / iman kita betapa benarnya Islam dan Al Quran itu sendiri, kerana kita sendiri boleh membuktikannya.

Manakala dari sudut dakwah  kepada non-muslim pula, kita juga dapat menunjukkan bukti kepada rakan non-muslim kita kenapa kita katakan Islam dan Al Quran itu sahaja benar-benar dari Tuhan dan lain-lain agama adalah palsu dan tidak benar.


2.                  Kitab-kitab agama lain tu mengarut jadi tak perlulah pelajarinya.

Dari sekolah rendah lagi kita diajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Sains, “alam semulajadi”. Betul kah, alam semesta ini “semulajadi”. Kepercayaan alam ini semulajadi adalah kepercayaan agama Buddha atau atheist sahaja yang tidak percaya kewujudan Tuhan yang menciptakan alam dan isinya. Tidakkah ini pelajaran yang MENGARUT dan bertentangan dengan ajaran Islam sendiri. Kenapa kita masih mempelajarinya dan sehingga kini kita tidak pernah mendengar mana-mana pihak samada ibu-bapa, ahli politik, NGO yang mencadangkan agar pelajaran tersebut dimansuhkan disekolah.

Manakala dalam dalam subjek English pula kita diajar “sunrise” dan “sunset”. Soalannya adakah benar-benar matahari itu “rise” dan “set” sedangkan kita tahu bumi yang mengelilingi matahari maka tidak sepatutnya perkataan tersebut digunakan kerana ianya mengarut dan tidak benar.

Bagi pelajar-pelajar perubatan pula, subjek wajib yang perlu dipelajari malah dijawab dalam peperiksaan adalah teori evolusi Darwin yang terkenal dengan teori bahawa manusia ini berasal dari beruk. Tidakkah ini juga mengarut tetapi tetap dipelajari oleh pelajar-pelajar perubatan termasuk yang muslim juga. Tidak pula ditimbulkan sebagai isu ianya mengarut dan tak perlu dipelajari.

Jelasnya belajar agama lain / kitab agama lain, walaupun dianggap mengarut masih boleh dipelajari kerana memang banyak dalam hidup kita belajar benda-benda yang mengarut .

Tetapi, berdasarkan perenggan 1 di atas membuktikan bahawa belajar agama / kitab lain akan menambahkan lagi iman kita dan akan membantu kita berjaya dari sudut dakwah juga.


3.                  Al Quran sendiripun kita belum habis pelajari kenapa perlu kita belajar kitab agama lain.

Pernahkah kita jumpa seseorang  hatta sorang ulamak besar mana sekalipun yang berani berkata bahawa dia telah khatam belajar Al-Quran. Pasti jawapannya tidak kerana Al Quran ini adalah suatu kitab yang penuh dengan pelbagai perkara berdasarkan ilmu Allah yang digambarkan sebagai lautan sedangkan ilmu manusia hanyalah umpama air yang melekat pada jari yang dicelup dalam lautan tersebut.

Pastinya jika kita menunggu masa khatam belajar ilmu yang ada dalam Al Quran pasti sampai mati pun tidak akan habis.Maka sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat ruang untuk belajar agama/kitab agama lain. Sedangkan berdasarkan perenggan 1 di atas, maka belajar agama /kitab agama lain juga penting untuk menambah iman kita dan juga untuk membantu kita dalam aktiviti dakwah kepada non-muslim.

 

Kisah Anak Jutawan Dengan Kereta BMWnya

Danial anak Dato’ Wafi yang sejak kecil lagi dilimpahi dengan kemewahan. Kereta yang hanya pernah dinaikinya hanyalah jenis BMW 3 series Msport (ayahnya peminat giler BMW ni). Pada suatu hari kereta yang dinaikinya mengalami kemalangan kecil dan tokey bengkel kata kereta kena tinggal di bengkel selama 3 hari untuk dibaiki. Tokey bengkel pun offer la kereta spare bengkel sebagai kereta ganti. Biasa le, namapun kereta spare bengkel, jenis kancil 660cc made year 1999 sajalah yang ada. Mau tak mau, Danial tak ada pilihan lain kerana tak mahu ayahnya tahu tentang kemalangan tersebut, maka terpaksalah memandu sang kancil tersebut untuk 3 hari.

“Dah lah, aircond rosak, gear manual, radio pun boleh main lagu cina sahaja” gerutu Danial sendirian, takut jugak kalau tokey bengkel tu dengar pulak.

Setelah tiga hari memandu sang kancil dengan mulutnya tak henti-henti bersungut, maka pada petang Jumaat tu kereta BMWnya pun siap dibaiki dan apabila dia dapat kembali memandu kereta BMWnya barulah Danial dapat rasakan betapa istimewanya keretanya itu dengan pelbagai cirri-ciri sebuah kereta yang terbaik serta selesa dipandu, yang tidak pernah disyukuri selama ini tetapi setelah 3 hari terpaksa memandu sang kancil, barulah dia tahu bersyukur dan menghargai kereta BMWnya itu.

MORAL cerita di atas begitulah kita sebagai muslim baka yang kita warisi islam dari ibu-bapa kita, tanpa pernah merasai dan mensyukuri nikmat islam dan iman tersebut, kerana kita tidak pernah merasai betapa tidak benar serta palsunya agama-agama lain kerana kita tidak pernah merasai ada dalam agama lain yang penuh dengan kepalsuan.

Ini berbeza dengan saudara-saudara kita yang dilahirkan sebagai non-muslim , tetapi menemui Islam dengan pembacaan, pengkajian serta perbandingan dengan agama yang mereka anuti serta agama-agama lain yang ada, sehinggakan apabila mereka diberi hidayah dan menemui Islam, jelas mereka lebih komited untuk belajar dan seterusnya berdakwah kepada non muslim yang lain, kerana mereka begitu menghargai serta mensyukuri nikmat iman dan Islam yang amat indah yang mereka perolehi dan dapat membandingkannya dengan agama mereka sebelum ini.

Oleh yang demikian sebagai muslim warisan/baka, kita amat-amat dianjurkan untuk mempelajari agama lain dengan tujuan berikut :-

  1. Supaya kita dapat membuat perbandingan betapa indah dan benarnya agama Islam yang diwarisi selama ini berbanding dengan agama-agama lain yang penuh dengan kepalsuan dan kekarutan maka selepas itu kita akan lebih bersyukur, menghargai dan menyayangi Islam itu sendiri.

  1. Memudahkan gerak kerja dakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada non muslim, setelah kita mengetahui berkenaan dengan agama mereka dan kita boleh menunjukkan perbandingan ciri-ciri agama mereka dengan agama Islam samada dari sudut persamaan atau perbezaan.

  1. Mematahkan hujah-hujah agama lain (terutamanya missionary Kristian).

Monday, September 19, 2011

Perbandingan Agama.....Perlu ke?

Setiap hari dalam kehidupan kita sering membuat perbandingan dalam setiap perkara. Apabila kita ingin membeli sebuah kereta, kita akan membandingkan antara kereta Honda atau  Toyota. Perbandingan dibuat dari pelbagai sudut harga, spesifikasi dan sebagainya dengan tujuan agar pilihan kita adalah pilihan yang terbaik.

Malah perbandingan kita lakukan dari segi perkara besar hinggakan perkara kecil seperti membeli sekilo ikan kembung sekalipun kita pastinya akan membuat perbandingan dikalangan selonggok ikan yang ada dengan alasan yang sama iaitu ingin memastikan  pilihan yang dibuat adalah pilihan yang terbaik.

Tetapi pernahkah kita membuat perbandingan yang bersungguh-sungguh dan mendalam antara agama Islam yang dianuti secara warisan (bagi kebanyakkan dari kita orang Melayu) atau dikenali sebagai Islam baka dengan agama-agama lain yang ada bagi memastikan bahawa Islam yang kita imani adalah agama yang terbaik dan benar berbanding dengan agama-agama lain.

Seperti kita membuat perbandingan antara kereta Honda dan Toyota, maka kita perlu tahu spesifikasi, harga dan ciri-ciri setiap kereta tersebut. Tanpa mempunyai pengetahuan berkenaan informasi tersebut maka sukar bagi kita untuk membuat perbandingan dan menentukan pilihan. Begitulah juga jika kita ingin membuat perbandingan agama maka kita juga perlu tahu asas-asas agama tersebut. Cara yang terbaik untuk mempelajari agama lain adalah berdasarkan sumbernya iaitu kitab-kitab agama tersebut dan bukannya berdasarkan amalan penganutnya kerana seperti juga agama Islam yang sering disalahtanggap oleh kerana amalan penganutnya yang banyak menyimpang dari tunjuk ajar sebenar agama Islam.