Wednesday, September 21, 2011

BOLEH KE BELAJAR AGAMA / KITAB AGAMA LAIN NIE???

BOLEH KE BELAJAR KITAB AGAMA LAIN ?

Jawapan-jawapan standard dan lazim yang akan diberikan oleh masyarakat melayu/Islam di Malaysia apabila diutarakan soalan di atas ialah.

1.                  Belajar kitab agama lain akan menyebabkan aqidah kita goyang dan boleh jadi murtad.

Jika kita lihat apa yang berlaku kepada masyarakat Islam sekeliling kita, ada yang terlibat dengan najis dadah, zina yang berleluasa, buang anak, rasuah, amalan syirik, percaya kepada ilmu hitam, tok bomoh, ajaran sesat, murtad dan sebagainya yang semakin hari semakin menjadi barah dalam masyarakat Islam kita, adakah mereka yang terlibat ini diakibatkan oleh mempelajari agama atau kitab agama lain seperti Bible, Sutra atau Vedas sehingga dipengaruhi oleh kitab-kitab tersebut hinggakan  menggoyangkan akidah dan akhirnya mereka terjebak dengan maksiat-maksiat yang dinyatakan di atas.

Jawapannya pasti tidak sama sekali. Mereka yang terlibat dengan maksiat-maksiat tersebut bukan diakibatkan oleh belajar tentang agama/ kitab agama lain, tetapi semuanya berlaku akibat lemahnya ilmu mengenai Islam dan rapuhnya iman kepada Allah.


Ini membuktikan bahawa mempelajari agama/kitab agama lain bukanlah penyebab menjadikan seorang itu goyang imannya sehinggakan terjebat dalam pelbagai aktiviti maksiat.

Malah dalam banyak kes-kes murtad yang terjadi bukannya diakibatkan oleh muslim itu belajar tentang agama / kitab agama lain tetapi disebabkan oleh faktor-faktor lain contohnya terpengaruh dengan dakyah atau umpanan harta benda oleh missionary ,hiburan yang melampau, cinta  ditambah pula dengan lemahnya iman akibat kurangnya ilmu berkenaan Islam itu sendiri.

Berdasarkan pengalaman sendiri membuktikan, jika kita belajar tentang agama / kitab agama lain, ianya akan membuktikan bahawa betapa agama /kitab agama lain penuh dengan kepalsuan, penipuan dan tidak berdasarkan lojik akal atau sains langsung. Dengan itu kita akan lebih menghargai kitab suci Al Quran adan ajaran Islam sendiri yang tiada suatupun yang tidak benar atau bertentangan dengan akal yang waras.

Dengan perbandingan ini akan lagi menambah lagi keyakinan / iman kita betapa benarnya Islam dan Al Quran itu sendiri, kerana kita sendiri boleh membuktikannya.

Manakala dari sudut dakwah  kepada non-muslim pula, kita juga dapat menunjukkan bukti kepada rakan non-muslim kita kenapa kita katakan Islam dan Al Quran itu sahaja benar-benar dari Tuhan dan lain-lain agama adalah palsu dan tidak benar.


2.                  Kitab-kitab agama lain tu mengarut jadi tak perlulah pelajarinya.

Dari sekolah rendah lagi kita diajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Sains, “alam semulajadi”. Betul kah, alam semesta ini “semulajadi”. Kepercayaan alam ini semulajadi adalah kepercayaan agama Buddha atau atheist sahaja yang tidak percaya kewujudan Tuhan yang menciptakan alam dan isinya. Tidakkah ini pelajaran yang MENGARUT dan bertentangan dengan ajaran Islam sendiri. Kenapa kita masih mempelajarinya dan sehingga kini kita tidak pernah mendengar mana-mana pihak samada ibu-bapa, ahli politik, NGO yang mencadangkan agar pelajaran tersebut dimansuhkan disekolah.

Manakala dalam dalam subjek English pula kita diajar “sunrise” dan “sunset”. Soalannya adakah benar-benar matahari itu “rise” dan “set” sedangkan kita tahu bumi yang mengelilingi matahari maka tidak sepatutnya perkataan tersebut digunakan kerana ianya mengarut dan tidak benar.

Bagi pelajar-pelajar perubatan pula, subjek wajib yang perlu dipelajari malah dijawab dalam peperiksaan adalah teori evolusi Darwin yang terkenal dengan teori bahawa manusia ini berasal dari beruk. Tidakkah ini juga mengarut tetapi tetap dipelajari oleh pelajar-pelajar perubatan termasuk yang muslim juga. Tidak pula ditimbulkan sebagai isu ianya mengarut dan tak perlu dipelajari.

Jelasnya belajar agama lain / kitab agama lain, walaupun dianggap mengarut masih boleh dipelajari kerana memang banyak dalam hidup kita belajar benda-benda yang mengarut .

Tetapi, berdasarkan perenggan 1 di atas membuktikan bahawa belajar agama / kitab lain akan menambahkan lagi iman kita dan akan membantu kita berjaya dari sudut dakwah juga.


3.                  Al Quran sendiripun kita belum habis pelajari kenapa perlu kita belajar kitab agama lain.

Pernahkah kita jumpa seseorang  hatta sorang ulamak besar mana sekalipun yang berani berkata bahawa dia telah khatam belajar Al-Quran. Pasti jawapannya tidak kerana Al Quran ini adalah suatu kitab yang penuh dengan pelbagai perkara berdasarkan ilmu Allah yang digambarkan sebagai lautan sedangkan ilmu manusia hanyalah umpama air yang melekat pada jari yang dicelup dalam lautan tersebut.

Pastinya jika kita menunggu masa khatam belajar ilmu yang ada dalam Al Quran pasti sampai mati pun tidak akan habis.Maka sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat ruang untuk belajar agama/kitab agama lain. Sedangkan berdasarkan perenggan 1 di atas, maka belajar agama /kitab agama lain juga penting untuk menambah iman kita dan juga untuk membantu kita dalam aktiviti dakwah kepada non-muslim.

 

Kisah Anak Jutawan Dengan Kereta BMWnya

Danial anak Dato’ Wafi yang sejak kecil lagi dilimpahi dengan kemewahan. Kereta yang hanya pernah dinaikinya hanyalah jenis BMW 3 series Msport (ayahnya peminat giler BMW ni). Pada suatu hari kereta yang dinaikinya mengalami kemalangan kecil dan tokey bengkel kata kereta kena tinggal di bengkel selama 3 hari untuk dibaiki. Tokey bengkel pun offer la kereta spare bengkel sebagai kereta ganti. Biasa le, namapun kereta spare bengkel, jenis kancil 660cc made year 1999 sajalah yang ada. Mau tak mau, Danial tak ada pilihan lain kerana tak mahu ayahnya tahu tentang kemalangan tersebut, maka terpaksalah memandu sang kancil tersebut untuk 3 hari.

“Dah lah, aircond rosak, gear manual, radio pun boleh main lagu cina sahaja” gerutu Danial sendirian, takut jugak kalau tokey bengkel tu dengar pulak.

Setelah tiga hari memandu sang kancil dengan mulutnya tak henti-henti bersungut, maka pada petang Jumaat tu kereta BMWnya pun siap dibaiki dan apabila dia dapat kembali memandu kereta BMWnya barulah Danial dapat rasakan betapa istimewanya keretanya itu dengan pelbagai cirri-ciri sebuah kereta yang terbaik serta selesa dipandu, yang tidak pernah disyukuri selama ini tetapi setelah 3 hari terpaksa memandu sang kancil, barulah dia tahu bersyukur dan menghargai kereta BMWnya itu.

MORAL cerita di atas begitulah kita sebagai muslim baka yang kita warisi islam dari ibu-bapa kita, tanpa pernah merasai dan mensyukuri nikmat islam dan iman tersebut, kerana kita tidak pernah merasai betapa tidak benar serta palsunya agama-agama lain kerana kita tidak pernah merasai ada dalam agama lain yang penuh dengan kepalsuan.

Ini berbeza dengan saudara-saudara kita yang dilahirkan sebagai non-muslim , tetapi menemui Islam dengan pembacaan, pengkajian serta perbandingan dengan agama yang mereka anuti serta agama-agama lain yang ada, sehinggakan apabila mereka diberi hidayah dan menemui Islam, jelas mereka lebih komited untuk belajar dan seterusnya berdakwah kepada non muslim yang lain, kerana mereka begitu menghargai serta mensyukuri nikmat iman dan Islam yang amat indah yang mereka perolehi dan dapat membandingkannya dengan agama mereka sebelum ini.

Oleh yang demikian sebagai muslim warisan/baka, kita amat-amat dianjurkan untuk mempelajari agama lain dengan tujuan berikut :-

  1. Supaya kita dapat membuat perbandingan betapa indah dan benarnya agama Islam yang diwarisi selama ini berbanding dengan agama-agama lain yang penuh dengan kepalsuan dan kekarutan maka selepas itu kita akan lebih bersyukur, menghargai dan menyayangi Islam itu sendiri.

  1. Memudahkan gerak kerja dakwah dan menyampaikan mesej Islam kepada non muslim, setelah kita mengetahui berkenaan dengan agama mereka dan kita boleh menunjukkan perbandingan ciri-ciri agama mereka dengan agama Islam samada dari sudut persamaan atau perbezaan.

  1. Mematahkan hujah-hujah agama lain (terutamanya missionary Kristian).

No comments:

Post a Comment